BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

ASSALAMMUALAIKUM, SAYA NAK BERTANYA ADAKAH SAYA SEORANG ISTERI NUSYUZ JIKA SAYA SELALU BERTENGKAR DENGAN SUAMI JIKA SUAMI SAYA MELAKUKAN SESUATU YANG SALAH DAN BENDA SAYA TAK SUKA? DALAM PERTENGKARAN SAYA AKAN JADI MULA MENINGGI SUARA PADA SUAMI SEBAB SUAMI SELALU MEMAKI HAMUN DENGAN PERKATAAN KESAT PADA SAYA BILA BERTENGKAR. ADAKAH SAYA BETUL-BETUL SEORANG ISTERI YANG NUSYUZ KERANA SAYA MASIH LAGI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI SEORANG ISTERI MENGURUSKAN RUMAHTANGGA, MENJAGA ANAK SEPENUH MASA DAN MELAYANI SUAMI DITEMPAT TIDURNYA. UNTUK PENGETAHUAN PIHAK TUAN SAYA JUGA BEKERJA DARI DIRUMAH 6-8 JAM SEHARI SAMBIL MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI SEORANG ISTERI DAN IBU. SAYA JUGA TOLONG MEMBANTU SUAMI DARI SEGI KEWANGAN DENGAN MENANGGUNG PERBELANJAAN BARANG DAPUR DAN PAKAIAN ANAK2. JUGA MENANGGUNG PERBELANJAAN SEKOLAH DAN YURAN ANAK KETIKA SUAMI PUTUS SUMBER KEWANGAN SETIAP BULAN. ADAKAH SAYA BENAR2 ISTERI YANG NUSYUZ? SAYA BENAR-BENAR INGIN MENGETAHUI NYA KERANA  SUAMI MEMBERI ALASAN TERSEBUT ADALAH SEBAB DIA TIDAK MEMBERI SAYA NAFKAH SELAMA INI. DULU  SUAMI TIDAK MEMBERI SAYA DUIT NAFKAH ATAS ALASAN TIDAK CUKUP DUIT DAN SUDAH MENYEDIAKAN SAYA TEMPAT TINGGAL SAHAJA SEDANGKAN MAKAN MINUM SAYA DAN ANAK-ANAK ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN SAYA. BEGITU JUGA PERSALINAN PAKAIAN SELAMA 18 TAHUN KAWIN TIDAK PERNAH SEKALI PUN SUAMI MEMBERI DUIT UNTUK SAYA MEMBELI PAKAIAN ATAU SUAMI MENYEDIAKANNYA UNTUK PENGETAHUAN PIHAK TUAN JUGA, SUAMI SAYA ADALAH SEORANG PENAGIH GANJA DAN SERING MEMBUANG WAKTU MELEPAK DENGAN GENG-GENG  KAKI GANJA SEHINGGA LEWAT MALAM WALAUPUN KEESOKKAN HARI PERLU UNTUK BANGUN AWAL PAGI KELUAR BEKERJA. SAYA PERNAH TERBACA MESEJ WHATSAPP SUAMI DAN KAWANNYA DIMANA  MEREKA  BERKONGSI DUIT UNTUK MEMBELI GANJA TERSEBUT. TETAPI SEKARANG ALASAN SUAMI TIDAK MAHU MEMBERI SAYA WANG NAFKAH ADALAH KERANA SAYA SEORANG NUSYUZ!! MOHON PIHAK TUAN MENJELASKAN PERKARA INI. SEKIAN TERIMA KASIH. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

Nusyuz menurut pandangan ulama fiqh: Keengganan isteri mentaati suami dalam perkara yang wajib dan makruf tanpa sebab yang dibenarkan syarak.

Dan menurut Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor secara umumnya nusyuz adalah isteri dengan sengaja tidak mematuhi perintah suami yang sah menurut syarak. Mahkamah Syariah biasanya mengiktiraf nusyuz jika isteri enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain :

(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum S\syarak.

Harus diambil perhatian bahawa nusyuz tidak boleh ditentukan oleh suami seorang diri sahaja, hanya Mahkamah Syariah yang boleh dan berbidangkuasa untuk mengesahkan status nusyuznya seseorang isteri itu. Selagi tiada perintah dari Mahkamah Syariah yang mengesahkan bahawa isteri itu nusyuz selagi itulah suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya iaitu makan dan minum, pakaian, tempat tinggal dan keperluan asas isteri dan anak-anak.

Dalam keterangan puan di atas, puan telah melaksanakan tanggungjawab puan kepada suami dan anak-anak dengan baik, cuma mungkin apabila puan meninggikan suara kepada suami maka dia mendakwa puan adalah isteri yang nusyuz. Dalam hal ini, puan cuba elakkanlah pertengkaran yang berpanjangan apabila berlaku salah faham atau pergaduhan. Berusahalah untuk menanamkan sifat sabar dalam berdepan dengan provokasi atau maki hamun suami serta elakkan meninggikan suara kepada suami kerana ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih tidak harmoni dan menyebabkan suami rasa tercabar atas egonya sebagai ketua keluarga. Jika masih berlarutan, berjumpalah dengan pihak yang berautoriti untuk sesi khidmat nasihat atau penjelasan hukum syarak di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan atau ke Jabatan Agama Islam yang berkaitan.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 36

message user image