Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz dan team mufti selangor. Soalan saya adalah : "adakah isteri yang kematian suaminya tak dibenarkan ke kubur untuk pengkebumian suami tersebut? Walaupun dengan melihat dari jauh?" Wassalam.
Jawapan
Menjawab persoalan saudara, isteri yang kematian suami telah berada dalam keadaan iddah dan ihdad (berkabung) iaitu selama 4 bulan 10 hari. Justeru, beliau wajib mematuhi hukum dan adab ketika berada dalam tempoh iddah kematian suaminya dan tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam keadaan mendesak tau darurat. Balu yang kematian suami juga tidak dibenarkan mengiringi jenazah ke kubur walaupun dari kejauhan.
Namun begitu, larangan ini hanya terpakai dalam tempoh ihdad (berkabung). Sebaik sahaja tamat tempoh berkabung itu, maka balu dibenarkan menziarahi kubur suami serta memelihara akhlak dan adab ziarah.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.