BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya telah sengaja meninggalkan puasa beberapa hari sejak dari tahun 2006 - 2019 Bila saya buat kiraan, saya tak mampu untuk bayar fidyah tersebut sekali gus, memandangkan saya seorang suri rumah.  Ada cara lain kah untuk saya membayar fidyah mengikut kemampuan saya?  Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, orang yang sengaja meninggalkan puasa di dalam bulan Ramadhan adalah berdosa besar kerana ia merupakan salah satu daripada rukun Islam. Puasa Ramadhan yang tidak diqada' pada tahun semasa akan dikenakan fidyah. Walau fidyah dibayar, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diqada', namun jumlahlah tidak akan berganda.

Bagi pembayaran fidyah, 2 pilihan boleh dibuat berdasarkan kepada kemampuan: 1. berganda dan 2. tidak berganda.

Sebagai ilustrasi seandaikan puan meninggalkan puasa Ramadhan selama 5 hari setiap tahun dari tahun 2006 hingga 2019, iaitu selama 13 tahun. Ini bermakna puan telah meninggalkan puasa selama 65 hari. Jika puan memilih membayar fidyah secara tidak berganda, puan perlu membayar: 65 hari x RM2.00 = RM130.00. Seandainya puan tidak dapat membayarnya secara sekali gus, puan boleh membayarnya secara ansuran. 

Sila rujuk laman sesawang Lembaga Zakat Selangor untuk pengiraan dan bayaran secara atas talian: https://fpx.zakatselangor.com.my/fpx_paynow.asp

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 2

message user image