BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Jika saya haid selama 6 hari dan berhenti tetapi pada hari ke 8 dan 9 keluar keputihan berwarna krim atau kadang-kadang sedikit gelap dan hanya secalit sahaja apakah itu di kira masih dalam haid? 

tempoh haid 15 hari ,kan? jika saya mengalami berhenti haid selama 3 hari dan keluar calitan coklat apakah itu di kira haid? dan apakah 3 hari bersih solat saya di terima?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Darah haid ialah darah yang keluar sekurang-kurangnya mencukupi 24 jam dan paling lama ialah 15 hari 15 malam. Untuk mengetahui darah yang datang itu ialah haid, maka wanita itu perlu melihat sebelum darah itu datang adakah dia telah melalui tempoh suci sekurang-kurangnya 15 hari. Jika ya, maka darah yang baru datang itu bolehlah dikira haid jika ternyata cukup 24 jam. Maksud 24 jam itu ialah sama ada datang berterusan selama 24 jam atau terputus-putus tetapi apabila dicampurkan himpunan masanya maka ia cukup 24 jam asalkan tidak melepasi 15 hari. 

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Darah berwarna coklat kehitaman termasuk dalam kategori darah haid yang kuat sifatnya meskipun sedikit. Jika darah yang keluar tersebut berlaku pada tempoh kebiasaan period dan didatangi dengan tanda-tanda haid, maka ia dikira haid serta tidak boleh melakukan solat dan puasa.
  2. Jika darah coklat tersebut keluar dalam tempoh suci kurang daripada 15 hari dan tidak memenuhi syarat haid, maka tempoh itu dikira sebagai istihadah dan anda perlu terus melaksanakan solat dan puasa

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 2

message user image