BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..Saya ingin bertanya satu keaadaan dimana anak perempuan saya bersunat di klinik saya telah lihat cara bersunat doktor hanya hiris satu garisan.saya jadi tertanya-tanya,sebab pada fikiran saya bila nama bersunat akan ada permotongan,ini anak perempuan saya satu-satunya,jadi bila saya keluar dari bilik doktor saya terus bertanya kepada suami saya betul ke cara sunat macam tu.suami saya cakap betul,jadi saya tanya suami macam mana abang tahu suami saya jawap abang tahu ler sebab nnti jadi macam yang punya@yang punya pon macam tu(maaf bahasa agak sensitif)saya tahu suami saya tak ada niat apa-apa selain dari jawab soalan saya.saya jadi takut adakah ini termasuk dalam hukum zihar?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, zihar ialah perkataan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya atau menyamakan mana-mana anggota isteri. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan, beserta dengan niat zihar atau membawa makna zihar, iaitu ingin mengharamkan hubungan suami isteri. Dalam isu ini, perbuatan zihar hendaklah dilihat dari segi niat dan cara perkataan itu dilafazkan. Imam Syafie menjelaskan bahawa sekiranya seorang suami berkata sesuatu yang mirip dengan zihar tetapi niatnya mulia seperti atas dasar kecantikan atau menyifatkan isterinya seperti ibunya pada saiz, bentuk atau sifat-sifat lain, maka ia tidak dikira sebagai zihar. 

Oleh kerana ayat yang diucapkan tidak diniatkan zihar, maka tidak jatuh hukum zihar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 40

message user image