BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t. saya ucapkan kepada Jabatan Mufti Selangor. Jika kita membaca dan melihat gosip, atau kontroversi berkenaan artis atau orang lain, adakah dikira berdosa? Apa yang saya tahu jika terlibat secara langsung dikira berdosa seperti meunulis, menyebarkan, komen dan sebagainya. Tapi bagaimana pula jika sekadar melihat dan membacanya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Jika sekadar ambil tahu dan membaca gosip yang berkeliaran di media sosial, ia tidaklah menjadi satu kesalahan dan dosa. Mungkin dengan cerita yang berlegar itu boleh diambil sebagai peringatan dan juga iktibar kepada diri sendiri. Dengan syarat tidak percaya kepada isi suatu cerita atau gosip itu serta tidak disebarkan cerita tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 38

message user image