BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: Orang Islam yang sudah berkahwin jika berzina akan dihukum rejam sampai mati. Soalan saya, sekiranya orang tersebut berzina ketika hukuman hudud tidak dilaksana tetapi dia sudahpun dihukum dengan undang-undang buatan manusia, adakah dia masih wajib untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa sekiranya hukuman hudud telah dilaksana pada akan datang? Atau jika dia berzina sewaktu ketiadaan hukuman hudud dan dia tidak dikenakan hukuman (tidak diketahui orang), adakah dia juga wajib menyerah diri? Jika wajib & dia tidak berbuat demikian, adakah taubatnya diterima? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pensabitan hukum hudud tidaklah mudah. Ia memerlukan 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syaratnya. Dalam keadaan sudah menjalani hukuman, ia tidak perlu lagi menjalani hukuman yang dikuatkuasakan pada masa akan datang. Dia juga tidak perlu menyerah diri dalam keadaan terlepas daripada tuduhan, yang perlu ialah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha). Allah SWT sentiasa menerima taubat orang yang benar-benar bertaubat. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat” (Al-Furqaan : 71) Maksudnya : “Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 160) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 299

message user image