Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah zihar jika suami menyamakan alat sulit anak dengan saya ibunya?. Anak disamakn dengan ibunya. Atau ibunya disamakan anaknya. Adakah berbeza 2 itu?. Terima kasih.
Jawapan
Zihar menurut istilah syarak adalah merujuk kepada perbuatan seorang suami yang melafazkan kata-kata bahawa anggota zahir isterinya menyamai atau menyerupai perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya seperti ibu, anak perempuan atau lain-lainnya dengan maksud atau beranggapan bahawa isterinya haram baginya untuk disetubuhi atau dikahwini seperti mana haram baginya menyetubuhi atau mengahwini ibunya.
Adapun, menyamakan anak dengan isteri tidak dianggap sebagai zihar.
Sekian, terima kasih.