BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya. Katakan saya bangun tepat-tepat ketika azan subuh berkumandang. Dan rumah dekat dengan masjid. Jadi, di antara solat berjemaah di masjid atau mandi terlebih dahulu? Jika memilih mandi, tidak sempat solat berjemaah? Boleh jelas kan? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ganjaran dan pahala yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengerjakan solat secara berjemaah adalah amat besar yang tidak ada bagi mereka yang mengerjakannya secara bersendirian. Berdasarkan riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya : Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Sahih Muslim)

Justeru, keutamaan mengecapi pahala solat berjemaah sangat dituntut kepada umat Islam. Jika dengan mandi terlebih dahulu menyebabkan tuan terlepas solat berjemaah adalah satu kerugian yang besar. Oleh itu, disarankan jika tuan kepada tuan untuk bangun awal sebelum subuh sekiranya ingin mandi terlebih dahulu supaya tidak terlepas solat berjemaah. Namun, sekiranya tuan bangun dalam keadaan subuh sudahpun masuk maka tuan hanya perlu membersihkan apa yang sepatutnya supaya suci daripada najis dan hadas kerana ia termasuk dalam syarat sah solat serta memakai wangi-wangian sebelum ke masjid. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 2

message user image