Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..dengan rendah hati sy ingin memohon khidmat nasihat apa yang perlu sy lakukan.dipendekkan cerita, suami meminta sy untuk menceritakan dgn sejelas-jelasnya kenapa sy berlaku curang terhadap dia. sy mengaku sy telah curang tetapi sy tidak melakukan perbuatan terkutuk..suami tidak puas hati..dia kata curang dengan hati lebih teruk daripada curang dgn perbuatan..telah sy jelaskan pd dia apa yg berlaku namun dia masih juga tidak berpuas hati sebab dia nk tahu dgn terperinci.masalahnya perkara berlaku 20 tahun dulu..mana sy nk ingat dgn terperinci..dia masih tidak berpuas hati dn telah membuat lafaz taklik..taklik yg pertama kalau dia sakit tk boleh bergerak atau lumpuh stroke jatuh talak..yg kedua kalau sy tidak ceritakan perkara yg sebenar dlm masa setahun..dia ceraikan sy..yg ketiga jika sy merendahkan dia/menangkan lelaki tersebut dgn tidak bercerita perkara sebenar/atau buat suami sebagai pesaing..dia ceraikan sy..sy pening dan buntu..sebab dia ckp yg ketiga tu dh berlaku..tp sebenarnya sy xde niatpun nk rendahkn dia atau jadikan dia pesaing..sy cuma letih nk explain berapa byk kali benda yg sama sbb dia tetap jg tk puas hati..tp dia berpandangan sy telah merendahkan dia dn menyimpan rahsia antara sy dengan orng tersebut..jadikan persoalan sy..adakah lafaz taklik tu dh jatuh..terima kasih
Jawapan
Berdasarkan kenyataan yang diberikan, ucapan suami: "kalau dia sakit tak boleh bergerak atau lumpuh stroke, jatuh talak" boleh dianggap sebagai lafaz taklik talak yang sorih atau jelas. Ini bermakna jika suami sakit tidak boleh bergerak atau lumpuh kerana stroke, maka jatuh talak.
Manakala ucapan suami: "kalau isteri tidak ceritakan perkara yg sebenar dlm masa setahun, dia ceraikan isteri" dan "jika isteri merendahkan dia/menangkan lelaki tersebut atau buat suami sebagai pesaing, suami ceraikan isteri" tidak dianggap sebagai lafaz taklik talak, sebaliknya ia adalah pemberitahuan keinginan atas hasrat suami akan menceraikan isteri jika isteri berbuat demikian. Jika perkara itu dianggap berlaku oleh suami, dan suami ingin meneruskan hasratnya, maka suami perlu mengucapkan lafaz talak kepada isteri.
Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa untuk mengesahkan suatu lafaz taklik talak atau taklik talak telah berlaku adalah Mahkamah Syariah. Oleh itu, perkara ini perlu dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang terdekat untuk mendapat kepastian.
Sekian terima kasih