BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, boleh saya minta pendapat ustaz mengenai seorang tokoh tabligh iaitu Saad Kandahlawi di Nizamudin New Delhi India. Beliau berkata bahawa orang tahu syarat taubat ada 3 tapi mereka tidak tahu yg keempat. Iaitu khuruj “keluar dijalan Allah swt” Beliau memberi keterangan mengenai satu kisah bahawa seorang telah membunuh 99 orang. Beliau jumpa seorang alim dan pergi ke sesebuah kampung dan pembunuh itu telah melakukan khuruj dan Allah swt telah terima taubatnya. Mohon pencerahan tentang kenyataan beliau, terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, taubat adalah sesuatu perkara yang dituntut orang Islam melakukannya bagi sentiasa meletakkan diri sebagai seorang yang bersih dari sebarang dosa dan dikasihi oleh Allah SWT. Firman Allah SWT ; Maksudnya; “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya”. (an-Nur : 31) Dinyatakan di dalam kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin karangan Sheikh Abdul Samad Al Falimbani, syarat taubat itu 3 perkara; i Meninggalkan maksiat. ii Menyesal atas perbuatannya itu. iii Bercita-cita bahawa tiada kembali kepada maksiat itu selama-lamanya. Adapun penambahan syarat ke empat iaitu keluar dijalan Allah SWT, ia adalah sesuatu perkara yang baik selagi tidak mengabaikan kewajipan lain. Walau bagaimanapun syarat ini tidak termasuk di dalam syarat taubat yang ditetapkan oleh para ulama’ mu’tabar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image