BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz.

Sy ad pernah sewakan rumah saya ke Non Muslim.

Penyewa dulu dah jadikan salah satu bilik belakang tempat sembahyang tokong kecil. Ad kesan asap colok dan tapak sembahyang. Tetapi dah bersihkan bila mereka pindah keluar.

Sekarang ni ad penyewa baru Islam nk masuk dan mereka ad kemusykilan dengan bilik tersebut.

Soalan saya ada ap2 lgi perlu buat kt bilik tu. Adakah perlu samak atau tahlil dlam bilik tu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kebersihan ini turut ditekankan di dalam hadith:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ ، فَنَظِّفُوا ، أُرَاهُ قَالَ ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi. (Riwayat al-Tirmizi)

Oleh itu, sertu perlu dilakukan sekiranya najis mughalazah iaitu anjing dan khinzir kelihatan secara zahir dengan mata kasar, sekiranya tidak kelihatan maka ia dianggap bersih dan suci. Namun begitu, terdapat hadis mengenai galakan untuk kita melazimi amalan-amalan baik untuk dilakukan, sebelum dan selepas masuk rumah bagi mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan syaitan. Antaranya: 

1) Membaca surah al-Baqarah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah. (Riwayat Muslim)

2) Melakukan solat sunat di rumah selain daripada di masjid. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

Maksudnya: Jadikanlah sebahagian daripada solat kamu di rumah kamu. Jangan jadikan rumah kamu semua seperti kubur. (Riwayat al-Bukhari) 

3) Memperbanyakan berzikir dan menyebut bismillah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah RA, Nabi SAW bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah). (Riwayat al-Bukhari) 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 59

message user image