Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Bagaimana akad orang yang bernazar kepada tukang sembelih / menguruskan nazar itu ?
Bagaimana niat sembelihan tukang sembelih untuk sembelihan nazar ?
Bolehkah daging sembelihan nazar di berikan / jamu makan pada orang bukan Islam ?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tiada lafaz khusus. Dalam situasi ini, apa yang penting adalah di antara wakil dan yang berkorban sudah bersetuju dengan rela dan reda. Adapun berkenaan dengan niat bagi orang yang berkorban dan wakil penyembelih adalah hanya cukup sekadar niat daripada pihak pemilik korban sahaja. Sebagaimana syeikh al-Bujairimi menyebut di dalam kitabnya bahawa sesiapa yang mewakilkan kepada seseorang untuk sembelih sudah dikira sebagai niat. Begitu juga, ketika wakil lakukan penyembelihan dan ketika serah binatang kepada wakil. Selain itu, seseorang yang menjadi wakil sembelihan, tidak wajib menyebut nama pemilik korban. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya:
Maksudnya: Mereka yang menjadi wakil dalam sembelihan tidak wajib menyebut nama pemilik korban ketika sembelihan berlaku. Kerana memadai dengan niat daripada pemilik korban.
Bagi pandangan muktamad dalam mazhab Syafi'i tidak diharuskan untuk memberikan daging korban sama ada korban sunat atau wajib seperti nazar kepada orang bukan Islam.
Sekian, terima kasih.