Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya berkenaan pekerjaan dalam Islam. Saya telah memohon jawatan di dalam sebuah organisasi dan sewaktu mengisi maklumat peribadi, ada satu maklumat yang saya tidak dedahkan atas sebab ingin mengelak daripada penangguhan waktu kemasukan kerja kerana ingin segera memberikan wang kepada ibu bapa untuk meringankan beban mereka. Saya rasa sangat bersalah dan berdosa kerana telah menipu dan ingin bertaubat. Saya juga telah berazam untuk menyedekahkan sebahagian daripada gaji kepada fakir miskin dan tabung masjid. Namun, saya masih rasa usaha saya belum cukup untuk menebus dosa besar ini dan berasa tidak layak untuk diampuni Allah atas dosa ini. Oleh demikian:
Mohon pencerahannya, terima kasih.
Jawapan
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tanda orang munafik tiga; apabila berkata ia berbohong, apabila berjanji mengingkari, dan bila dipercaya mengkhianati (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Perbuatan menipu atau berbohong turut menjadi salah satu faktor hidup manusia menjadi tidak tenang dan tidak bahagia. Hadis yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Maknanya: Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu, dan ambillah perkara yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya jujur itu akan mententeramkan hati dan dusta akan menggusarkan hati. (Riwayat al-Tirmizi).
Perbuatan menipu semamangnya ditegah sama sekali dan ianya berdosa walaupun niat asalnya adalah baik, Tuan telahpun bertaubat atas kesilapan yang dilakukan serta telah berazam tidak akan mengulanginya lagi. Sekiranya masih tidak memadai, tuan boleh berjumpa dengan majikan dan ceritakan segalanya supaya ada solusi yang menenangkan dapat dilaksanakan.
Sekiranya tuan melakukan kerja yang halal, maka hasil pendapatan adalah harus untuk digunakan, termasuklah menghantar ibu ayah ke tanah suci. Dosa yang salah adalah dosa menipu dan tuan sudahpun melakukan sedaya upaya memperbaiki kesilapan ini.
Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menebus kesalahan seperti bertaubat dengan sebenar-benar taubat, memperbanyakkan infak daripada harta yang halal, serta berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut, maka tidak wajar lagi seseorang terus dibelenggu keraguan terhadap penerimaan taubatnya.
Sekiranya perasaan ragu-ragu itu masih berlegar dalam hati, maka berkemungkinan besar ia adalah bisikan syaitan yang bertujuan melemahkan keyakinan kita terhadap keluasan rahmat Allah SWT.
Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan bagi umatku apa yang diwaswaskan (bisikan) dengannya di dalam hatinya selagimana dia tidak melakukan atau mengucapkan (apa yang diwaswaskan). (Riwayat al-Bukhari)
Berhentilah daripada terus-menerus membelenggu diri dengan perkara yang telah berlalu. Masa lalu tidak akan berubah, tetapi masa hadapan masih boleh dibina dengan taubat, amal soleh dan sangka baik kepada Allah SWT.
Sesungguhnya rahmat dan keampunan Allah SWT amat luas, bahkan ia mendahului kemurkaan-Nya terhadap hamba-hamba-Nya yang kembali dan bersungguh-sungguh mencari keredaan-Nya.
Sekian, terima kasih