Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya mengenai jual beli pasaran saham di Amerika Syarikat
Saya amat faham bahawa perkara ini adalah di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan memang terdapat saham di pasaran Amerika yang berstatus patuh syariah
Namun persoalan saya adalah adakah dibolehkan jika kita membeli saham berstatus patuh syariah tetapi syarikat tersebut didapati menyokong Israel dalam usaha kita tidak mahu melibatkan diri dalam penindasan terhadap rakyat Palestin
Apakah pandangan pejabat mufti berkenaan perkara ini
Syukran
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tindakan tidak membeli saham bagi sesuatu syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan Israel adalah suatu bentuk protes terhadap kegiatan ekonomi syarikat tersebut serta solidariti atas kezaliman yang dilakukan oleh Israel. Tindakan ini perlu dilakukan berdasarkan ilmu dan tabayyun (memeriksa dengan teliti) agar tindakan yang dibuat kena pada sasarannya dan tidak memudaratkan ekonomi sendiri. Tabayyun menurut al-Shawkani ialah:
Maksudnya: Tabayyun bermaksud melakukan penelitian, pengkajian dengan sabar dan tidak tergesa-gesa tentang sesuatu perkara atau perkhabaran sehingga jelas dan terang perkara tersebut.
Oleh itu, jika telah diyakini secara jelas membeli saham syarikat itu dapat menyumbang kepada penindasan, kezaliman atau keganasan terhadap umat Islam serta tidak memudaratkan ekonomi sendiri, adalah tidak digalakkan untuk umat Islam terlibat dengan pelaburan saham syarikat tersebut.
Sekian. Terima kasih.