BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tumpang tny..kalo Kte main saham forex melalui org..org tu mempunyai lesen dari bank negara, BNM, suruhanjaya sekuriti dan SSM..adakah itu cukup patuh syariah dan boleh main saham tersebut tanpa ada isu halal haram?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 menyatakan:

“Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukarang mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah di sisi undang-undang negara.” 

Merujuk kepada persoalan, individu yang terlibat dengan perdagangan ini walaupun melalui orang lain yang mempunyai lesen dari Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan SSM adalah juga tidak dibenarkan. Perlu difahami bahawa fungsi BNM adalah untuk mengawal kestabilan kewangan dan melindungi pengguna dari penipuan. Ia tidak menilai akad Syariah trading iaitu forex masih boleh diluluskan. Manakala SC berperanan mengawal pasaran modal yang mempunyai senarai sekuriti patuh Syariah dan tidak meliputi forex dan sebagainya. Begitu juga SSM merupakan tempat daftar syarikat yang sah untuk beroperasi di Malaysia tidak melibatkan penilaian Syariah. Mempunyai lesen tersebut tidak bermakna sesorang Muslim berhak untuk terlibat dengan perkara yang diharamkan Syarak. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 29

message user image