BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum WBT Saya ingin membuat pertanyaan terhadap status wang yang saya terima hasil dari upah seperti situasi berikut: Saya mempunyai sedikit kelebihan dalam bidang Multimedia, rakan saya telah meminta bantuan saya untuk menyediakan "Hard Disk Karaoke" supaya beliau dapat menggunakan Hard Disk tersebut semasa menganjurkan majlis perkhawinan. Untuk makluman, beliau mempunyai syarikat katering majlis perkahwinan yang turut menyediakan perkhidmatan pengacaraan termasuk karaoke. Saya tidak mahu menerima wang upah dari beliau, namun beliau tetap berkeras ingin memberi upah kepada saya atas masa, tenaga yang saya korbankan untuk membantu beliau. Jumlah upah yang diberikan adalah sebanyak RM 120. Saya berasa musykil mengenai status wang ini memandangkan ianya hasil dari perkara yang pada akhirnya membawa kepada kelalaian umat. Pertanyaan saya: a. Adakah halal bagi saya menggunakan wang tersebut (patuh syarak) b. sekiranya tidak, bagaimana saya hendak menyalurkan wang tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hasil duit yang tuan terima berkaitan perkhidmatan yang telah diberikan adalah halal dan boleh digunakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 93

message user image