BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz saya nak tanya dan saya seorang yang mengalami was was

Peti beku saya dia mencair dan ada daging yang mengeluarkan darah kesan dari mencair itu

Apabila saya bawak keluar bekas ke singki ,saya tak sedar dibawah bekas itu ada cairan ais yang berdarah melekat di bawah bekas itu

Persoalan

1) saya cek dilantai diantara peti ke lantai, saya tidak mendapati apa2 kesan darah yang menitik ke lantai, cuma saya berandai akan ada titisan2 yang akan jatuh, adakah saya perlu membasuh seluruh kawasan lantai

2) apabila setelah saya pegang bekas tu, ada terdapat basahan yg menitik dari tangan saya yang mana saya tak dapat mengesan dimanakah kesan dari titisan yang menitik itu,

adakah tangan saya bernajis dan adakah titisan yg menitik itu akan menajiskan tempat lain 

Kalau begitu macam mana cara saya membasuh tempat itu sebab tiada kesan

Jazakumullah khairan 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu kawasan itu terkena najis melalui ain, bau, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Merujuk kepada persoalan tuan,

1) Tidak perlu membasuh seluruh kawasan lantai tersebut kerana tidak nampak kesan darah (warna merah) atau cecair yang jelas di atas lantai, maka lantai tersebut kekal dalam keadaan asalnya iaitu suci. Berdasarkan kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).

2) Jika meyakini tangan terkena cairan darah dari bawah bekas tersebut, maka tangan itu bernajis dan wajib dibasuh. Namun, jika ragu-ragu (tidak pasti sama ada basahan itu air ais peti sejuk atau darah), maka hukumnya adalah suci. Manakala bagi titisan yang tidak dapat dikesan kedudukannya dan juga tiada sebarang kesan warna darah di lantai, maka tidak perlu mencari atau membasuh tempat tersebut dan ia kekal suci.

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 41

message user image