BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Apa pandangan Pej Mufti Selangor kalau kita bayar zakat ASB utk 2025 mengikut kaedah Al Mustaghallat saperti yang akan di implement oleh ASNB. TKasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, setakat ini belum ada ketetapan rasmi dikeluarkan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri selangor berhubung pembayaran zakat ASB menggunakan kaedah al-mustaghallat. Oleh itu, kaedah yang digunakan masih kekal seperti sebelum ini iaitu taksiran zakat ke atas pelaburan ASNB adalah dikira 2.5% daripada jumlah pelaburan tahun tersebut bersama dengan dividen dan bonus yang diumumkan pada tahun berikutnya, maka ia akan dikira sebagai jumlah yang akan dikeluarkan zakat bagi tahun semasa. Kewajipan zakat terhadap pelaburan ASNB adalah dikenakan sepenuhnya ke atas aset pelaburan, dividen dan bonus. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image