Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, sy ingin bertanya tentang kedudukan kisah jiran nabi musa ketika di syurga, yang mana dalam kisah itu, jiran nabi musa tersebut adalah pemuda yang menjaga ibu bapanya yang telah bertukar menjadi babi Mohon pencerahan, Terima kasih, wassalam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hasil semakan kami mendapati kisah ini ada kebarangkaliannya berasal dari kisah-kisah israiliyyat. Kisah-kisah israiliyyat merupakan kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber-sumber bangsa Yahudi dan juga Bani Israil. Terdapat suatu kaedah yang digariskan oleh ulama’ berkaitan kisah-kisah israiliyyat iaitu : tidak membenarkan serta tidak juga mendustakan. Jika ada pengajaran yang baik maka ia boleh diterima dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.