Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum, saya hendak bertanya sah ke umrah saya sekiranya semasa saya tawaf saya terfikir benda kotor tanpa rasa terangsang. lepas sahaja terdetik saya terus istighfar untuk melupakan apa yang saya terfikir itu. selepas saya selesai umrah saya check tiada air mazi yang keluar. saya sudah bertanya mutawif saya, beliau kata sah tidak perlu dam. tapi saya masih was-was. kalau perlu dikenakan dam, bagaimana saya hendak membayar dan berapa nilai nya?
Jawapan
Berdasarkan persoalan yang diajukan, terfikir tentang benda kotor ketika mengerjakan umrah tidak membatalkan umrah seseorang. Namun begitu, ia mungkin memberi kesan kepada pahala umrah yang dikerjakan. Oleh itu, tuan/puan tidak perlu membayar dam dalam konteks ini.
Sekian, terima kasih.