BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah solat isyak dilakukan satu jam sebelum masuk waktu subuh? Bolehkah tuan jelaskan bilakah tempoh waktu berakhirnya solat isyak? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sah solat isyak jika dilaksanakan satu jam sebelum masuk waktu subuh, namun sebaiknya adalah bersolat di awal waktu. Berakhirnya waktu solat isyak ialah ketika bermulanya waktu subuh. Nabi pernah ditanya tentang amalan yang terbaik untuk dilakukan, maka jawab nabi yang bermaksud “Solat pada awal waktu”. (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 147

message user image