Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Jabatan Mufti Negeri Selangor,
Saya Putra dan mempunyai persoalan berkaitan ekonomi /muamalat, iaitu berkenaan penggunaan GX Bank, iaitu perkhidmatan bank digital.
Kebelakangan ini, saya sering melihat perkongsian di media sosial berkenaan penggunaan GX Bank, terutama bagi tujuan penyimpanan (tempatan) dan penggunaan di luar negara (zero multi-currency exchange and withdrawal fee). Penggunaannya mempunyai ciri-ciri seperti kad WISE. Berdasarkan jawapan Jabatan Mufti Negeri Selangor pada tahun 2024, penggunaan WISE adalah dibenarkan. Sehubungan itu, apakah hukum/ status penggunaan GX Bank terutama bagi tujuan penggunaan di luar negara?
Terima kasih Tuan/Puan atas maklum balas.
Salam hormat.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan dan merujuk kepada kenyataan rasmi GX Bank, perkhidmatan simpanan yang disediakan adalah tidak patuh syariah. Justeru, penggunaan perkhidmatan tersebut bagi tujuan pertukaran mata wang asing tidak digalakkan kerana ia melibatkan sokongan kepada sistem kewangan konvensional yang berasaskan riba. Oleh itu, umat Islam disarankan untuk memilih alternatif yang patuh syariah sebagai langkah ihtiyat dan menjaga prinsip muamalat Islam.
sila rujuk soal jawab dari laman web GX Bank: https:GX Bank Simpanan Konvensional
Sekian, terima kasih.