Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya mahu tanya apa hukum sekiranya saya mengumpul 'Action figure'? Samaada dlm bentuk robot atau karakter animasi yg terkenal. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, hukumnya adalah harus. Tetapi jika niatnya untuk pemujaan, mengagungkan gambar tersebut, hukumnya menjadi haram. Ia bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam buku Seni Dalam Islam: “Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempunyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq dan penyembah berhala”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.