Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Mufti Selangor & Seluruh warga Mufti. Harap semua warga mufti Selangor Dalam keadaan baik dan dalam redhaNya.
Saya disini ada soalan-soalan mengenai Qunut Subuh yang dilakukan pada setiap kali Solat Fardhu Subuh di masjid seluruh selangor.
Saya dapati bahawa Nabi Muhammad S.A.W melakukan qunut Subuh hanya 1 bulan & selepas itu menghentikan. Itu pun qunut nazilah yang berdasarkan Hadith & kisah di bawah :
Narrated Abu Huraira (Sahih Bukhari) :
Whenever the Prophet (p.b.u.h) lifted his head from the bowing in the last rak`a he used to say: "O Allah! Save `Aiyash bin Abi Rabi`a. O Allah! Save Salama bin Hisham. O Allah! Save Walid bin Walid. O Allah! Save the weak faithful believers. O Allah! Be hard on the tribes of Mudar and send (famine) years on them like the famine years of (Prophet) Joseph ." The Prophet (ﷺ) further said, "Allah forgive the tribes of Ghifar and save the tribes of Aslam." Abu Az-Zinad (a sub-narrator) said, "The Qunut used to be recited by the Prophet (ﷺ) in the Fajr prayer."
Narrated from Anas Bin Malik (Sahih Bukhari) :
The tribes of) Ril, Dhakwan, 'Usaiya and Bani Lihyan asked Allah's Messenger (ﷺ) to provide them with some men to support them against their enemy. He therefore provided them with seventy men from the Ansar whom we used to call Al-Qurra' in their lifetime. They used to collect wood by daytime and pray at night. When they were at the well of Ma'una, the infidels killed them by betraying them. When this news reached the Prophet (ﷺ), he said Al-Qunut for one month in the morning prayer, invoking evil upon some of the 'Arab tribes, upon Ril, Dhakwan, 'Usaiya and Bani Libyan.
Dari Anas Bin Malik :
"Rasulullah SAW berqunut selama sebulan (berturut-turut) dalam solat Subuh, mendoakan (kecelakaan) ke atas kabilah-kabilah Arab (yang mengkhianati Islam)."
(Hadith Riwayat Bukhari, No. 4088)
Persoalan :
1. Kenapa Imam di Masjid Selangor membaca qunut Subuh “allahummahdini fiman hadait” ? Ada Hadith mengatakan bahawa doa ini di ajar Nabi Muhammad S.A.W? Jika ia benar Dari Nabi Muhammad S.A.W , Kenapa tiada Narration dalam versi doa tersebut ?
2. Kenapa Mecca & Madinah tidak membaca doa qunut ? Adakah aliran islam mereka berbeza dengan penganut islam di Negeri Selangor ? Tidak mungkin Mecca & Madinah bercangah kerana ia adalah Induk Umat Islam dalam Ibadah terutama solat. Tambahan, Nabi Ibrahim telah berdoa kepada Allah S.W.T untuk rahmati Mecca & Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa untuk rahmati Madinah.
Saya harap Pihak Tuan Mufti dapat memberi maklum balas.
Umat Islam terutama lelaki, bermula kehidupan Harian Di Masjid Solat Subuh secara berjemaah di Masjid. InsyaAllah, ini salah satu asbab untuk dapatkan Ummah yang kuat, setiap Solat Fardhu mesti dalam keadaan tertib & tepat.
Terima kasih kerana sudi membaca soalan saya & saya doakan pihak Tuan Mufti Sentiasa didalam Rahmat & RedhaNya.
Terima Kasih.
Jawapan
Perlu diketahui bahawa perbahasan qunut Subuh adalah perbahasan khilafiyah atau ijtihadiyah dalam kalangan Imam empat mazhab. Seperti yang diketahui, hukum-hakam berkaitan fiqah adalah perkara ijtihad dan menerima khilaf atau perbezaan pandangan. Masyarakat dituntut untuk mengetahui segala hukum-hakam fiqah melalui salah satu daripada empat mazhab iaitu sama ada mazhab Syafi'i, mazhab Maliki, mazhab Hanafi atau mazhab Hanbali. Hal ini kerana keempat-empat mazhab ini telah diterima pandangan mereka berkaitan hukum-hakam oleh umat Islam.
Daripada keempat-empat mazhab yang disebutkan, hanya mazhab Syafi'i dan mazhab Maliki sahaja yang menyatakan sunat membaca qunut pada solat fardu Subuh. Akan tetapi, mazhab Syafi'i membaca qunut selepas iktidal sebelum sujud. Manakala mazhab Maliki pula membaca qunut sebelum rukuk.
Pengamalan bacaan qunut dalam solat fardu Subuh di Malaysia adalah kerana sejak dari dahulu lagi tanah Nusantara telah lama mengamalkan mazhab Syafi'i. Berbeza pula dengan Mekah dan Madinah atau Arab Saudi, mereka mengamalkan mazhab Hanbali. Mazhab Hanbali pula berpegang bahawa tiada bacaan qunut dalam solat fardu Subuh. Kesemua pandangan dan pendapat daripada mana-mana empat mazhab yang disebutkan adalah benar dan tidak boleh dipertikaikan.
Asal bacaan kepada doa qunut Subuh yang diamalkan ada direkodkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada al-Hasan bin Ali RA katanya:
Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengajarku beberapa kalimah untuk aku ucapkan dalam qunut witir: "Ya Allah, berilah aku petunjuk bersama orang-orang yang Engkau beri petunjuk; berilah aku kesejahteraan bersama orang-orang yang Engkau beri kesejahteraan; pimpinlah aku bersama orang-orang yang Engkau pimpin; berkatilah aku pada apa yang Engkau kurniakan; dan lindungilah aku daripada kejahatan apa yang Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan, dan tidak ada yang dapat menetapkan ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau lindungi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami, dan Maha Tinggi Engkau'". (Riwayat Ahmad)
Juga ada hadis dengan lafaz lain yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA dan Muhammad bin Ali bin al-Hanafiyah katanya:
Maksudnya: Nabi ﷺ melakukan qunut dalam solat Subuh dan dalam witir malam dengan kalimah-kalimah berikut: "Ya Allah, berilah aku petunjuk bersama orang-orang yang Engkau beri petunjuk; berilah aku kesejahteraan bersama orang-orang yang Engkau beri kesejahteraan; pimpinlah aku bersama orang-orang yang Engkau pimpin; berkatilah aku pada apa yang Engkau kurniakan; dan lindungilah aku daripada kejahatan apa yang Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan, dan tidak ada ketetapan ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau lindungi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami, dan Maha Tinggi Engkau". (Riwayat al-Baihaqi)
Sekian, terima kasih.