BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

kalau di masjid bahgian perempuan yg safnya berpalang, palangnya dr tengah saf bawa ke kiri masjid, kene mulakan saf dr tengah ke atau mulakan dr kanan yg selari dgn imam?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, saf wanita perlu dimulakan dari bahagian yang paling hampir dengan imam, iaitu selari dengan kedudukan imam. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

وَسِّطُوا ‌الْإِمَامَ وَسُدُّوا الْخَلَلَ

Maksudnya: Jadikanlah imam di tengah-tengah dan tutuplah ruang kosong. (Riwayat Abu Dawud)

Justeru, dalam konteks ini jemaah wanita perlu memulakan saf dari bahagian kanan yang selari dengan imam, bukan dari bahagian tengah kerana yang dimaksudkan daripada bahagian tengah adalah selari dengan kedudukan imam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 31

message user image