BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Mufti.

Saya ingin memohon penjelasan dan pandangan hukum berkaitan satu situasi yang melibatkan urusan kerja dan tuntutan perbelanjaan.

Situasi adalah seperti berikut:

Saya telah diarahkan menghadiri tugasan rasmi dan perlu membuat tempahan hotel bagi tujuan tersebut. Tempahan hotel dibuat menggunakan platform tempahan dalam talian iaitu Shopback yang menawarkan pulangan tunai (cashback) ke akaun peribadi pengguna.

Sebagai contoh:
    •    Harga hotel yang tertera pada resit rasmi ialah RM500
    •    Melalui platform tersebut, saya menerima cashback sebanyak RM50 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya selepas tempahan dibuat
    •    Resit rasmi hotel masih menunjukkan jumlah RM500
    •    Tuntutan kepada jabatan dibuat berdasarkan resit tersebut iaitu RM500

Persoalan saya:
    1.    Adakah dibenarkan dari sudut hukum syarak untuk saya menuntut jumlah penuh RM500 sedangkan saya telah menerima pulangan tunai RM50 secara peribadi?
    2.    Adakah cashback tersebut dianggap sebagai hak peribadi saya, atau ia sepatutnya dikira sebagai pengurangan kos sebenar yang ditanggung dalam urusan rasmi?
    3.    Jika perbuatan tersebut tidak dibenarkan, apakah tindakan yang paling tepat menurut syarak, sama ada tidak mengambil cashback, memulangkan nilai tersebut, atau menolak jumlah tuntutan?

Saya memohon pandangan dan penjelasan daripada pihak Mufti agar saya dapat memastikan setiap urusan kerja yang dilakukan selaras dengan hukum syarak serta prinsip amanah dan integriti.

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara prinsipnya, segala bentuk manfaat sampingan seperti cashback, mata ganjaran, atau rebat hasil daripada transaksi menggunakan peruntukan syarikat adalah hak milik majikan. Memandangkan pekerja bertindak sebagai pemegang amanah dalam menguruskan dana tersebut, sebarang manfaat peribadi yang diperoleh hendaklah dimaklumkan dan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak syarikat terlebih dahulu bagi mengelakkan isu pecah amanah atau konflik kepentingan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.              


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image