BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya nak tanya apakah hukum pasa situasi ini :

- officemate collect sorg rm10 berserta dengan cabaran. cabarannya adalah "loss weight challenge" dimana dalam tempoh 3 bulan , siapa yang paling banyak turun berat, dikira sebagai pemenang dan dapat duit hasil daripada collection tadi. sy nak tahu hukum nya sebelum sy join challenge ini . terima kasih 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.

Program yang dijalankan adalah baik sebagai pemangkin untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Namun begitu, kaedah yang digunakan cenderung kepada unsur perjudian kerana melibatkan pertaruhan wang, di mana pihak yang menang akan memperoleh ganjaran manakala yang kalah menanggung kerugian walaupun jumlahnya hanya RM10.00. Justeru, pendekatan ini wajar dielakkan. Sebaiknya, pihak penganjur mencari penaja yang boleh menyumbang hadiah kepada pemenang tanpa melibatkan kutipan daripada peserta, agar pelaksanaannya lebih selaras dengan prinsip syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image