BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya hendak beli emas baru, saya menjual emas lama dan tambah sedikit harga untuk emas baru. Dibolehkan atau tidak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, urusan jual beli emas tersebut adalah dibenarkan dengan syarat puan menjual dahulu emas lama tersebut, dan terima duitnya. Setelah selesai, barulah puan boleh membeli emas yang baharu dengan akad yang baharu. Hadith yang diriwayatkan daripada Ubadah Ibnu Samit katanya, Rasulullah SAW bersabda : الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل سواء بسواء يدا بيد فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا بيد Maksudnya : “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, di dalam pertukaran dan jual beli sama jenis hendaklah sama jumlah tukaran, diserah-terima pada masa yang sama, apabila jenis barangan ini berbeza, maka berjual belilah sebagaimana dikehendaki tetapi hendaklah secara serah terima (secara lani)”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image