Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan saya ingin bertanya tentang keadaan saya. Saya sebagai penghantar makanan telah menghantar makanan tidak halal dan makanan itu nasi ayam tetapi ketika saya mengambil bungkusan makanan tersebut ada sedikit minyak di plastik tersebut. Minyak yang saya rasa di jari saya itu hanya terasa sekejap kerana ia cepat kering.
Jadi persoalan saya, saya perasan gerai tersebut bukan sahaja jual nasi ayam tetapi ada khinzir dan saya melihat tukang masak itu membungkus makanan tersebut dan saya tidak pasti alatan dia itu terkena najis itu atau tidak dan saya tidak pasti minyak yang ada dkt plastik makanan tersebut ada minyak dari masakkan khinzir itu. Adakah saya perlu menyertu anggota dan benda yang ada bersama saya ketika itu?
Meminta mohon perjelasan dari Tuan/puan
Saya memintak maaf kalau Tuan/Puan tidak memahami cerita dan persoalan saya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, tuan tidak pasti sama ada minyak yang terkena pada plastik makanan itu berasal dari masakan khinzir atau tidak, dan tuan juga tidak pasti sama ada alatan tukang masak itu terkena najis atau tidak. Dalam syarak, keraguan terhadap sesuatu najis tidak mewajibkan penyucian melainkan ada keyakinan yang kuat bahawa ia adalah najis. Kaedah fiqh menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak)
Ini bermakna, jika tuan yakin sesuatu itu suci pada asalnya, keraguan yang timbul kemudian tidak akan mengubah status kesuciannya melainkan ada bukti yang kukuh.
Dalam kes ini, tuan tidak perlu sertu anggota badan atau barang-barang anda. Ini kerana terdapat keraguan yang kuat sama ada minyak tersebut adalah najis mughallazah atau tidak, dan sentuhan yang berlaku juga dalam keadaan minyak yang cepat kering. Dalam Islam, keraguan tidak mewajibkan penyucian. Namun, sebagai seorang Muslim, adalah lebih baik untuk sentiasa berhati-hati dan berusaha menjauhi perkara-perkara syubhah (ragu-ragu) dan mencari rezeki yang sepenuhnya halal.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.