Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assaalamualaikum. Hari tu sy ada bertanya ttg jika terpijak air kencing anjing dan perpindahan najis mughalazzah. Kemudian, sy berjalan di permukaan berbatu-batu dan bila dicek ada debu shj di tapak kasut. Jwpn yg diberikan ialah tiada perpindahan najis kerana sudah terkena debu tanah dan kesan najis sudah hilang tetapi kasut masih belum suci dan perlu disertu.
Soalan saya, kalau lepas tu sy basuh tapak kasut itu dgn air shj, adakah najis itu kembali boleh berpindah kerana basah walaupun kesan najis sudah hilang akibat debu td. Maaf sbb sy masih confuse dgn hukum najis hukmi mughallazah. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya tapak kasut tersebut dibasuh tanpa disertu, ia dianggap telah bersih secara fizikal tetapi belum suci mengikut hukum syarak selagi tidak disertu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku perpindahan najis ke tempat lain kerana zat najis tersebut telah hilang. Perpindahan najis hanya terjadi sekiranya masih terdapat sisa atau sifat najis pada tapak kasut berkenaan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih