Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Seorang suami membeli sebuah van untuk kegunaan isteri dalam perkhidmatan menghantar pelajar sekolah (van sekolah). Suami berpesan, van itu tidak boleh dipandu oleh orang kecuali isteri atau anaknya. Persoalannya; adakah pesanan itu menjadi wasiat selepas kematian suami? Bukankah harta suami selepas kematiannya menjadi harta faraidh yang apabila dibahagikan boleh digunakan oleh penerima seperti yang dikehendaki? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, dalam perkara ini perlu fahami berkenaan wasiat itu sendiri seperti syarat-syaratnya, ciri-ciri wasiat dan yang berkaitan dengannya. Adapun, pesanan seorang suami itu bukanlah dinamakan wasiat. Ia sebagai memberi kepercayaan bahawa, hanya isteri dan anaknya sahaja yang boleh memandu van tersebut semasa suaminya masih hidup. Jika berlaku kematian suami, maka van tersebut termasuk sebagai harta pusaka yang boleh difaraidkan kepada ahli warisnya. Maka, pesanan tersebut tidak terpakai lagi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.