Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya ingin bertanya tentang status gaji yang saya dapat?
sebelum ni saya pernah bekerja di satu syarikat di terengganu,,ketika itu syarikat tersebut terpaksa membuang pekerja dan membayar pampasan pekerja,,dalam masa sama saya telah mendapat pekerjaan lain dan saya memberikan surat pembehentian kerja kepada rakan saya...
Kawan saya tersebut tidak menyerahkan surat tersebut kepada majikan dan telah menyebabkan saya juga mendapat pampasan tersebut..apakah status duit tersebut
Jawapan
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, secara rasmi tuan belum lagi berhenti bekerja di syarikat itu. Walaupun tuan telah menulis surat untuk berhenti kerja, surat itu belum sampai kepada pihak syarikat.
Sekiranya dalam tempoh tuan tidak hadir ke syarikat, jika tuan ada menerima gaji, maka gaji itu tidak harus untuk diterima, kerana gaji adalah atas dasar upah terhadap kerja yang dilakukan, sedangkan tuan tidak hadir untuk bekerja.
Untuk mendapat kepastian, sebaiknya pihak tuan nyatakan kedudukan yang sebenar kepada pihak syarikat, agar wang pampasan yang diterima jelas hukumnya.
Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak halal untuk mengambil harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan daripadanya. (Riwayat Daruqutni)
Sekian, terima kasih.