Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam. Soalan saya, saya puasa dan pada pukul lebih kurang 7 malam saya rasa macam sakit perut sedikit sahaja, saya biasanya kalau nak datang period akan sakit perut kuat. Dalam pukul 7.17, saya check sama ada ada darah atau tidak pada pantyliner dan pada waktu itu tiada darah. Tapi saya tak la check tu bersungguh, saya just tengok pada pantyliner tu tak ada tompokan darah. Selepas check, saya duduk bersila dah masa itu terasa macam ada angin keluar dari arah depan. Tapi saya tak check sama ada yang keluar tu darah atau angin semata mata sebab tadi baru check. Jadi tiba la waktu berbuka. Ketika berbuka saya tak rasakan apa ii keluar dan tidak sakit perut. Tapi masa saya nak solat maghrib, saya check ada tompokan darah pada pantyliner. Jadi soalan saya 1) adakah puasa saya dikira sah atau tidak. 2) adakah sah kalau kita sengaja tidak check sama ada keluar darah atau tidak walau rasa macam ada keluar darah ketika dekat-dekat waktu puasa tersebut. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan, puasa puan adalah sah kerana pada waktu hampir berbuka puan telah memeriksa pantyliner dan tidak melihat sebarang darah, maka ketika itu, masih dihukum suci, dan rasa seperti ada sesuatu keluar selepas itu hanyalah sangkaan yang tidak mengubah hukum kerana dalam kaedah fiqah:
Maksudnya: keyakinan tidak hilang dengan syak
Di dalam permasalahan ini haid puan hanya dikira bermula apabila darah benar-benar dilihat, jadi apabila puan hanya menemui tompokan darah selepas masuk waktu Maghrib, itu bermakna haid dikira bermula selepas waktu puasa tamat, dan tidak menjadi kesalahan atau menjejaskan puasa walaupun puan tidak memeriksa dengan bersungguh-sungguh setiap kali terasa sesuatu keluar kerana pemeriksaan berulang-ulang boleh menimbulkan perasaan was-was. Oleh yang demikian, puasa puan pada hari tersebut adalah sah.
Sekian, terima kasih.