Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Mengasingkan tempat tidur dengan suami.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, mengasingkan tempat tidur dengan suami adalah satu perbuatan yang perlu dielak dan dijauhkan. Tindakan tidur berasingan antara suami isteri perlu diatasi segera dengan mencari jalan penyelesaiannya. Sekiranya berlarutan ia akan memberi kesan terhadap hubungan suami isteri dan boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فلم تأته فبات غضبان عليها لعنتها الملائكة حتى تصبح Maksudnya : “Apabila suami mengajak isteri tidur bersama-sama, isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dengan perasaan marah, malaikat melaknati isteri itu hingga ke pagi”. (Riwayat al-Bukhari) Melayan, berbuat baik dan memenuhi kehendak pasangan adalah suatu ibadah. Adalah dibimbangi sengaja menjauhkan diri dan mengasingkan tempat tidur dengan suami akan mengundang kepada dosa. Suami pula disuruh menggauli isteri dengan baik. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan bergaulah dengan mereka (isteri) dengan cara yang ma’ruf atau baik”. (an-Nisa’ : 19) Berbincanglah dengan suami secara baik, dari hati ke hati meluahkan segala rasa yang terbuku atau apa saja yang tidak puas hati agar dapat di atasi dengan sewajarnya. Dicadangkan juga berjumpa dengan mana-mana kaunselor atau pegawai rundingcara keluarga bagi membantu segala permasalahan yang ada. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.