BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Situasi: Suami (A) menikah dengan isteri kedua (B) tanpa pengetahuan isteri pertama (C). (C) mengesyaki (A) telah menikah dengan (B) dan memaksa untuk (A) untuk bersumpah seperti tersebut. "Demi Allah, saya bersumpah bahawa (B) bukanlah isteri saya. Sekiranya benar (B) adalah isteri saya, maka terjatuhlah talak tiga ke atas diri (B)" Sekiranya (A) tidak bersumpah, (C) akan meminta cerai dan membawa anak2. (A) tidak mahu keluarganya dengan (C) bercerai dan berpecah. Ini akan menganggu emosi (A) dan anak2. Soalan: Jika (A) terpaksa melafazkan atau menandatangani kata2 diatas, adakah terjatuh talak 3 kepada (B)? Adakah lafaz paksa sebegini diiktiraf talak di dalam Islam? Mohon bantuan pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, isteri pertama (C) tidak sepatutnya meminta cerai dengan alasan suami telah bernikah untuk kali yang kedua. Suami pula berhak untuk tidak bersumpah sebagaimana permintaan isteri pertama (C). Namun, jika sumpah tersebut telah dilafazkan, pengesahan lafaz cerai tersebut hendaklah dikemukakan dan disahkan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Syariah yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 209

message user image