BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz. Haritu saya travel and saya ada pergi satu section frozen food ni time saya tengah tengok satu2 frozen food tu saya ada terpegang frozen food yang ada gambar babi. Saya tak sengaja and terus lepaskan barang tu. Time saya pegang frozen food tu memang tangan saya dah basah berwap sebab makanan tu dari peti sejuk. Tapi yang saya pegang tu luar bekas. Persoalan saya sekarang ni adakah tangan saya kena sertu?  If kena sertu macam mana dengan barang lain yang saya sentuh adakah kena sertu juga? Mohon pencerahan. Terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan yang diajukan, tidak perlu sertu kerana yang puan sentuh hanyalah bahagian luar plastik pembungkus, bukan daging babi itu sendiri. Di dalam mazhab Syafie hukum najis berat (mughallazah) hanya berlaku apabila ain najis iaitu zat babi yang sebenar terkena secara langsung pada tangan dalam keadaan lembap, sedangkan plastik pembungkus dianggap penghalang yang suci selagi tiada kesan nyata seperti darah, lemak, lendir atau bau babi pada tangan dan wap sejuk pada permukaan bekas juga bukan najis tetapi hanya air wap, maka tangan puan kekal suci dan tidak wajib sertu, cukup sahaja basuh biasa jika rasa ragu. Oleh yang demikian, semua barang lain yang puan pegang selepas itu juga tidak perlu sertu kerana najis tidak berpindah melalui sangkaan atau sentuhan berlapis.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 36

message user image