Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, Dato Mufti
Saya ada soalan:
1. Adakah solat sah kalau terlintas atau niat talak semasa solat sebab Takut ada ayat yang dalam solat kita tak tahu makna nya tapi dia boleh bawah talak Kinayah kalau kita terniat
Terima kasih Dato Mufti.
Jawapan
Berdasarkan persoalan yang diajukan, solat yang dilakukan adalah sah jika memenuhi rukun dan syarat solat serta tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan solat seperti bercakap. Adapun lintasan niat talak ketika solat tidak membatalkan solat yang ditunaikan. Talak tidak terjadi kerana tidak disertakan dengan lafaznya dan bacaan dalam solat bukan ditujukan kepada sesiapa.
Sekian, terima kasih.