Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya mandi wajib dari hadas haid malam selmalam, tapi pagi ni baru perasan ada kesan kecik kuteks (cat kuku) pada salah satu kuku jari saya. Kesan tu tak besarm kecik seperti semut. Adakah saya perlu ulang balik mandi wajib? Kalau saya hanya perlu mambuang kuteks, ratakan air di bahagian tu dan berniat, apa niat saya perlu bacakan?
Jawapan
Rukun bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:
Jika dilihat kepada rukun bagi mandi wajib, seseorang itu hanya perlu untuk menghilangkan najis pada tubuh badannya sekiranya ada dan meratakan air ke seluruh badan dengan disertakan niat untuk mengangkat hadas. Apabila seseorang itu memenuhi rukun-rukun mandi wajib maka sahlah mandi wajibnya dan tidak perlu untuk mengulanginya sekali lagi.
Berdasarkan soalan yang diajukan, jika memang ada sedikit kuteks yang menghalang air sampai ke kuku walaupun sangat kecil, maka bahagian itu tidak terkena air dan mandi wajib belum sempurna pada anggota tersebut menurut mazhab Shafie, tidak perlu ulang mandi satu badan. Akan tetapi cukup hilangkan kesan kuteks tersebut dengan air sudah memadai. Lalu alirkan air pada kuku itu sambil berniat dalam hati “Sahaja aku menyempurnakan mandi wajib kerana Allah Taala” atau niat menyempurnakan mandi wajib, ianya sudah memadai.
Sekian, terima kasih.