Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, harini baru hari kedua puasa tapi saya rasa batal. Saya perempuan dan agak jijik utk bercerita namun saya amatlah ragu and waswas.. sebagai perempuan, kalau kita ovulasi kita akan ade lendir yang banyak... dan sblm solat, sy mmg akan bersihkan namun kdg ii banyak sangat dan kdg ii saya cuba tarik (supaya boleh stop lendir tu), ada sedikit yang masuk balik ke faraj. Saya tahu kalau berak masuk balik dubur, batal puasa tapi bagaimana dengan keputihan ye? Adakah saya perlu ganti puasa harini?
Jawapan
Menjawab persoalan yang diajukan, lendir keputihan yang keluar ke kawasan zahir (bahagian yang nampak ketika mencangkung) dan masuk semula secara semula jadi, maka ia tidak membatalkan puasa. Namun, sekiranya semasa meruang atau membersihkan kawasan tersebut berlaku dengan memasukkan jari untuk menghilangkan lendir keputihan tersebut sehingga melepasi had batin faraj (bahagian dalam yang tidak kelihatan ketika mencangkung), maka batal puasa dan perlu diqada'.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.