BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz yang melihat soalan saya ini. Saya ingin bertanya, sebelum ini sya niat wudhuk dengan cara " Sahaja aku mengambil hadas kecil kerana Allah Taala"
Baru2 ni saya tahu yg tepatnya adalah sahaja aku mengangkat hadas kecil bukan mengambil. Adakah sah wuduk dan solat sy sebelum2 ni. Terima kasih


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Berdasarkan soalan yang diajukan, semua wuduk dan solat tuan pada sebelum ini adalah sah dan tidak perlu diqada' kerana  yang diwajibkan hanyalah adanya niat dalam hati ketika membasuh muka untuk bersuci kerana Allah, bukan bergantung pada lafaz tertentu, maka walaupun tuan menyebut mengambil hadas kecil,  ianya hanya kurang tepat dari segi istilah fiqah berbanding mengangkat hadas kecil, maksud yang difahami tetap bersuci untuk membolehkan ibadah dan tidak berubah kepada sekadar membersihkan badan atau menyejukkan diri, oleh itu ia tidak menjejaskan sah wuduk dan solat serta tidak berdosa kerana dilakukan dalam keadaan tidak mengetahui, dan selepas mengetahui lafaz yang lebih tepat, maka terus diamalkan tanpa perlu meragui amalan yang lalu. Dalam mazhab Syafie, lafaz niat bukan syarat sah ibadat, iaitu amalan ini bukan suatu yang diwajibkan. Namun begitu, ia termasuk dalam perbuatan yang dianjurkan oleh syarak(mustahab). Imam Nawawi turut menjelaskan bahawa amalan menyatakan amalan melafazkan niat adalah lebih afdal berbanding tidak dilafazkan, kata beliau:

النية الواجبة في الوضوء هي النية بالقلب ولا يجب اللفظ باللسان معها: ولا يجزئ وحده وان جمعها فهو آكد وأفضل هكذا قاله الأصحاب واتفقوا عليه

Maksudnya: Niat yang wajib ketika berwuduk ialah niat di dalam hati. Tidak wajib melafazkan niat dengan lisan dan tidak sah jika hanya melafazkan niat sahaja. Oleh itu, apabila digabungkan niat dalam hati dengan lafaznya secara lisan maka itu lebih kuat dan afdal. Hal ini sepertimana yang disepakati ulama mazhab Syafie. - (al-Majmuk Syarh al-Muhazzab: 1/316)

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 31

message user image