BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada membaca kalau lupa hafalan Al-Quran itu berdosa,pertanyaan saya,apakah hafalan yang dimaksud ialah yang disertai dengan niat untuk menghafal? Ini kerana saya menjadi was-was berdosa kerana saya sering mendengar bacaan Yasin dan mengingat sedikit tapi tidak sempurna ingatkan saya itu seperti hanya mengingat beberapa perkataan,adalah saya berdosa dan apakah boleh hanya mengingat potongan perkataan daripada suatu ayat.Kes lain apabila saya berniat membaca sahaja tidak menghafal apakah saya berdosa sengaja tidak mengulang bacaan saya.hal ini terus membuat saya risau sehinggakan tidak khusyuk ketika solat ataupun melakukan aktiviti lain seperti ketika sedang bekerja kerana terus terbayang apakah saya berdosa


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam isu ini, Imam Ramli menyebutkan dalam Fatawa al-Ramli:

إنْ نَسِيَهُ وَهُوَ بَالِغٌ تَهَاوُنًا وَتَكَاسُلًا كَانَ نِسْيَانُهُ كَبِيرَةً وَيَجِبُ عَلَيْهِ حِفْظُهُ إنْ تَمَكَّنَ مِنْهُ لِلْخُرُوجِ عَنْ الْمَعْصِيَةِ

Maksudnya: Jika seseorang melupakannya dalam keadaan dia sudah baligh kerana sikap sambil lewa dan malas, maka kelupaannya itu dikira sebagai dosa besar, dan wajib ke atasnya untuk menghafalnya semula jika dia mampu, sebagai usaha untuk keluar daripada maksiat tersebut.

Merujuk soalan yang diajukan, lupa pada hafazan ayat al-Quran secara tidak sengaja dimaafkan dengan syarat mempunyai usaha dalam menjaganya sepanjang hayat. Adapun bagi situasi tuan, ayat al-quran tersebut terhafal tanpa sengaja melalui pendengaran, maka ia dimaafkan sekiranya terlupa semula atau tidak mengingat keseluruhan ayat yang lengkap kerana tidak berniat untuk menghafalnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.
 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 41

message user image