BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalmualaikum ustaz, 

 Arwah ibu saya telah memajak barang kemas di kedai pajak. Jika barang kemas tersebut ditebus oleh waris menggunakan duit waris sendiri atas sebab tiada lagi harta peninggalan arwah, maka adakah emas tu termasuk lagi dalam faraid? Lebih lebih lagi kerana arwah mempunyai baki hutang yang perlu diselesaikan. 

Tetapi bagaimana pula dengan modal yang telah dikeluarkan oleh waris untuk tebus barang kemas tersebut? Adakah perlu dipulangkan semula selepas menjual barang kemas tersebut? Mohon pencerahan ustaz, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, barang kemas yang ditebus dengan menggunakan duit waris sendiri tetap menjadi harta pusaka dan perlu difaraidkan. Emas itu tidak menjadi hak mutlak waris yang menebusnya, tetapi ianya dianggap sebagai pembiayaan hutang arwah. Waris yang menebus barang kemas itu berhak menuntut kembali nilai tebusan daripada harta tersebut atau daripada waris lain sebelum emas dibahagi secara faraid kepada waris-waris yang berhak. 

Namun, merujuk kepada situasi yang dikemukakan oleh puan, sekiranya arwah ibu mempunyai baki hutang lain yang perlu diselesaikan, maka emas yang telah ditebus itu hendaklah dijual dan setelah ditolak wang yang ditebus oleh waris, bakinya hendaklah melunaskan hutang arwah ibu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 21

message user image