BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya tinggal di baling kedah. Dan ingin balik ke kampung perjalananya adalah melebihi 2 marhala. Tetapi rumah sebetulnya kami di kuala nerang. Kampung saya berdekatan dengan rumah tersebut tetapi berlainan mukim. Tetapi sekiranya saya pergi ke pekan akan memasuki mukim rumah saya itu. Adakah saya dibenarkan untuk jamak qasar ketika berada dikampung tersebut. sebab pengetahuan saya tidak boleh kalau sudah memasuki mukim rumah saya. Sebab destinasi seterusnya itu perlu melebihi 2 marhala jugak. Adakah betul kefahaman saya ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, anda dibenarkan untuk jamak dan qasar solat ketika berada di kampung tersebut, selagi kampung itu berlainan mukim dengan rumah asal anda di Kuala Nerang dan anda tidak berniat untuk bermukim di sana melebihi tempoh yang ditetapkan. Namun, jika anda memasuki pekan yang berada dalam mukim rumah asal anda, status musafir anda akan terhenti dan anda perlu menunaikan solat secara sempurna.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 34

message user image