Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ada soalan mengenai solat/wuduk
Saya mengambil wuduk dan solat di sebuah masjid. Lepas habis solat saya terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan saya ternampak kesan cat keras di dahi. Saya menjadi was was mengenai wuduk dan solat yang telah saya lakukan. Apa penyelesaian untuk situasi ini?
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan, puan tidak perlu mengulang solat tersebut kerana di dalam kaedah fiqh ada menyebut;-
Maksudnya: keyakinan tidak hilang dengan syak
Ini kerana puan sudah yakin mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna, kemudian hanya selepas selesai barulah terlihat kesan cat keras di dahi, maka keraguan yang datang kemudian tidak membatalkan ibadah yang telah dilakukan. Selagi puan tidak yakin bahawa cat itu sudah ada sebelum wuduk dan benar-benar menghalang air sampai ke kulit, solat tersebut dikira sah dan tidak perlu diulang. Islam tidak membebankan hamba-Nya dengan perkara yang bersifat sangkaan atau was-was, bahkan yang dituntut ialah berpegang kepada keyakinan asal.
Sekian, terima kasih.