BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Aslm, pada tahun lepas.. saya ada guna deodorant ni and baru je saya dapat tau deodorant tu mungkin guna babi. Deodorant tu ade glycerin dan masa saya pakai tu, mungkin saya tau ade glycerin tpi saya tak fikir sgt. baru ii ni, saya google dan saya dapat tau brand tu guna 3 sumber utk glycerin tu.. tumbuh-tumbuhan, lembu atau babi/khinzir. Bila saya dpt tau ni, saya waswas tentang mandi wajib. Terutamanya time puasa ni, saya dah mandi wajib 4 ke 5 kali sebab waswas. Kemudian datang pulak fikiran "kalau saya tak sertu, adakah mandi wajib sah? Aku kene mandi wajib lagi ke?" Saya mmg guna deodorant ni pada tahun lepas sahaja and hanya beberapa bulan rasanya.. saya boleh sertu tapi saya risau, kena mandi wajib balik ke? Tapi kan hadas besar dengan najis berat (mughallazah) lain? atau memang kena mandi wajib balik?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, dalam kaedah fiqh, sesuatu yang suci tidak berubah menjadi najis hanya dengan syak atau kemungkinan. Oleh itu, anda tidak wajib menyertu badan atau mengulangi mandi wajib, kerana status najis itu sendiri tidak sabit (tidak pasti).

Dalam Islam, sesuatu perkara itu dihukumkan mengikut keadaan asalnya. Terdapat kaedah fiqh yang menyebut:

اليقين لا يزال بالشك                 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak)

  • Memandangkan anda hanya mengetahui "kemungkinan" sumber glycerin tersebut (sama ada tumbuhan, lembu, atau babi), statusnya masih dalam kategori ragu-ragu (syak). Oleh itu, anda tidak perlu terlalu was-was kerana pada waktu penggunaan, anda tidak mempunyai bukti kukuh (yakin) bahawa deodoran itu mengandungi babi.

2. Mandi wajib anda yang lalu adalah SAH dan tidak perlu ulangi semula mandi wajib tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 33

message user image