BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya berkenaan harta.

Bapa mertua saya telah meninggal dunia 8 tahun lepas. Semalam arwah masih hidup, arwah dan adik beradik arwah akan mendapat sejumlah wang dan akan dibahagikan sesama mereka.

Wang tersebut mula diterima selepas arwah meninggal dunia. Maka nama suami saya diletakkan sebagai pengganti nama arwah bapa mertua.

Tetapi wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun mak mertua saya dan dia mengatakan wang itu semua adalah hak milik dia seorang.

Wang tersebut di anggap sebagai harta pusaka atau tidak? Dan adakah wang tersebut perlu diagihkan mengikut faraid?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, sebelum membuat pembahagian harta pusaka, perlulah menentukan harta tersebut merupakan harta pusaka ataupun tidak. Harta pusaka ditentukan apabila seseorang meninggal dunia dan meninggalkan aset atas namanya sendiri (harta alih/tak alih) yang tidak dihibahkan atau diwasiatkan secara sah. Sekiranya harta tersebut adalah harta pusaka, duit yang dimasukkan ke dalam akaun mak mertua puan perlulah dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image