BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum..

ayah mentua saya meninggal dunia tanpa sebarang wasiat..sekarang dalam proses pembahagian harta secara faraid..ayah mentua saya mempunyai 8 orang anak..4 lelaki dan 4 perempuan cuma salah seorang anak perempuan dia telah meninggal dunia 3 tahun lepas

soalan saya adakah jika berlaku pembahagian harta secara faraid..anak perempuan yang sudah meninggal dunia juga turut dapat bahagian tetapi akan dberi kepada anak-anak atau suami arwah


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, ya, anak perempuan kepada ayah mertua yang sudah meninggal dunia itu berhak mendapat bahagian atas harta pusaka ayah mertua puan tetapi akan diberi kepada waris ganti iaitu suaminya dan anak-anaknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 18

message user image