BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t...saya telah kehilangan anak yang berumur 5 tahun. Arwah mempunyai simpanan (duit kumpul hari raya) dan beberapa Emas bar (yang saya beli/duit rayanya untuk pelaburan masa depannya) atas namanya.

1. Adakah harta-harta ini perlu di faraid kan??? atau

2. saya boleh sedekahkan kesemua hartanya itu kepada masjid-masjid atau pondok???

terima kasih atas perhatian n jawapan atas persoalan di atas.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, simpanan arwah anak puan yang berbentuk duit raya dan emas merupakan harta pusaka si mati dan perlu dibahagikan kepada waris-waris yang berhak. Harta tersebut tidak boleh disedekahkan kerana ianya merupakan harta pusaka si mati yang perlu dibahagi secara faraid kepada waris-waris yang berhak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image