Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya ada pertanyaan
Apakah hukum @ bolehkah sekiranya emak mengambil hasil tanah pusaka yang telah dibahagikan kepada anak2?
Arwah ayah telah meninggal 5 tahun. Jadi emak telah mengatakn semua hasil dan duit dari tanah2 pusaka akan diambil oleh emak selagi masih hidup. Tanah2 tersebut telah selesai difaraidkan dan diletak nama anak2.
Harap dapat memberi oenjelasan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, emak boleh tuan mengambil hasil tanah pusaka yang telah dibahagikan kepada anak-anak namun perlu mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada anak-anak tersebut. Sekiranya anak-anak tidak membenarkan, maka haram ke atas ibu mengambil hasil tanah pusaka tersebut.
Sekian, terima kasih.